APAKAH ITU PROSTAR ?
Assalamualaikum , salam satu malaysia, PROSTAR adalah singkatan kepada "Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja " program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah dikalangan remaja.
MISI & VISI PROSTAR ?
Assalamualaikum dan salam satu malaysia .. prostar mempunyai misi & visi yang tersendiri:
Misi PROSTAR
Membentuk dan melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani,rohani,emosi,intelek dan cemerlang
berdasarkan falsafah dan etika pembimbing rakan sebaya..
Visi PROSTAR
Sistem pengurusan perkhidmatan PRS yang cemerlang, cekap dan berkualiti..
APAKAH KONSEP PROSTAR?
APAKAH KONSEP PROSTAR?
Assalamualaikum dan salam satu malaysia ,, hari ini kami ingin menyatakan konsep PROSTAR ,,
PROSTAR berkonsepkan "Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja"
APAKAH AKTIVIT KELAB PROSTAR ?
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh Kelab PROSTAR iaitu :
- Ceramah dan pameran
- Jungle tracking
- Kempen kesedaran AIDS
- Pemeriksaan kesihatan
- Latihan PRS PROSTAR
- Gotong-royong
APAKAH LIRIK LAGU PROSTAR ?
Prostar...
Bintang harapan remaja dan bangsa
Jauhi AIDS hidup sejahtera
Tiada AIDS hidupkan jaya
Prostar formula untuk semua
Maklumat hasilnya tanggungjawab
Usaha untuk menentang risiko
Sihat remaja majulah Negara
Wawasan tercapai bangsa mulia
Prostar ...
Bintang harapan Malaysia
Sinar dalam gelita
Ceriamu untuk semua
Teguhmu teladan tercipta
Remaja
Remaja
Harapan Negara
Tiada AIDS Malaysia sejahtera ...
APAKAH OBJEKTIF PROSTAR ?
PROSTAR ditubuhkan dengan beberapa objektif khusus dan jelas. ini penting untuk menjamin PROSTAR sentiasa bergerak diatas satu landasan dan satu matlamat untuk melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif. objektif PROSTAR adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jamngkitan HIV, cara pencgahan dan pengawalannya.
- Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa kini.
- Mengalakkan remaja mengamalkan cara hidup sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko kepada jangkitan HIV.
- Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja turut serta dalam usaha menetang ancaman AIDS.
- Melahirkan golongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja