Followers

Tuesday 26 June 2012

LAPORAN PROGRAM PERTANDINGAN KESIHATAN DIRI SMK TUN SYED NASIR ISMAIL,JOHOR BAHRU TAHUN 2012






TOPIK


BUTIRAN

Nama Program

Gigi Sihat Senyuman Menawan


Objektif

1.1 Meningkatkan tahap kesihatan pelajar SMK Tun Syed Nasir Ismail.
1.2 Membantu pelajar mendapat rawatan pemeriksaan gigi secara mudah dan berkesan.
1.3 Memilih 20 orang pelajar terbaik memiliki gigi yang sihat.


Tarikh Perlaksanaan

8 Mac – 12 April 2012


Tempat

Bilik Kesihatan, SMK Tun Syed Nasir Ismail


Sasaran

Pelajar tingkatan 1- 5, SMK Tun Syed Nasir Ismail


Kos/Sumber

Unit KOKO dan HEM


Stratergi Perlaksanaan

Program ini dijalankan  anjuran Kelab Prostar dan unit Kesihatan


Laporan Sepanjang Program

Sepanjang program berlangsung, semua pelajar telah mendapat pemeriksaan gigi oleh pihak Klinik Pergigian Larkin. Pelajar yang mempunyai masalah kerosakan gigi telah diberi rawatan oleh doktor pergigian. Semasa pemeriksaan gigi dijalankan, seramai 20 orang pelajar telah dipilih untuk memenangi pertandingan “ Gigi Sihat Senyuman  Menawan” dan diberi hadiah sebagai sokongan motivasi kepada pelajar untuk menjaga kesihatan gigi mereka.


Kekuatan/Kelemahan

Kekuatan : Para pelajar mendapat rawatan gigi secara percuma. Pihak klinik pergigian telah member kerjasama yang baik kepada pihak sekolah tanpa ada sebarang masalah sepanjang program berlangsung.

Kelemahan : Pelajar lambat bergerak dari kelas ke bilik kesihatan bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pergigian.


Cadangan/ Penambahbaikan


Guru matapelajaran mesti sentiasa mengawal dan mengiringi pelajar untuk ke bilik kesihatan apabila dipanggil oleh jururawat.






Disediakan oleh :                                                                                       Disemak oleh :


……………………. ………                                                                        ……………………………
(NABILAH BINTI ABD RAHIM)                                                                 (ROHAIZAH BT ALWI)
Setiusaha Kelab PROSTAR,                                                                     Penasihat Kelab PROSTAR,
SMK Tun Syed Nasir Ismail ,                                                                   SMK Tun Syed Nasir Ismail,
Johor Bahru.                                                                                            Johor Bahru.
                                                                                                 

No comments:

Post a Comment