perbincangan bersama guru guru
pembinaan ibnu sina dijalankan:)
bersama guru penasihat
rakan rakan kelab prostar yg bnyk membantu
perbincangan bersama rakan rakan
ibnu siap dibina
TOPIK | BUTIRAN |
Nama Program | Pertandingan Pameran Aktiviti PROSTAR 2012 |
Objektif | 1.1 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani bagi menyertai pertandingan berunsur kesihatan remaja 1.2 Melahirkan pelajar yang celik minda tentang kesihatan diri dan sosial remaja 1.3 Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dari ahli kelab |
Tarikh Perlaksanaan | 8 November 2012 |
Tempat | Hospital Sultan Ismail Johor Bahru |
Sasaran | Sekolah-sekolah negeri Johor |
Kos/Sumber | Kementerian Kesihatan |
Stratergi Perlaksanaan | Program ini dijalankan anjuran KSM dan JPN Johor |
Laporan Sepanjang Program | Pameran menunjukkan aktiviti Kelab PROSTAR yang dijalankan di sekolah. Pameran merupakan hasil kerja ahli kelab. Pemarkahan dinilai dari segi isi 60%, kreativiti 20% dan susunan 20%. Pertandingan ini disertai oleh |
Kekuatan/Kelemahan | Kekuatan : Pelajar berdedikasi untuk menyiapkan bahan pameran dan kerjasama yang baik daripada guru-guru dan pihak sekolah. Kelemahan : Peralatan ict perlu disediakan dengan lebih awal bagi memastikan alat dapat berfungsi dengan baik. |
Cadangan/ Penambahbaikan | Pelajar perlu meningkatkan usaha bagi membaiki mutu pameran bagi menyertai pertandingan. |
TOPIK | BUTIRAN |
Nama Program | Program Promosi Kesihatan Bersama Pemimpin |
Objektif | 1.1 Meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup remaja dalam keluarga. |
Tarikh Perlaksanaan | 7 Ogos 2012 |
Tempat | Astaka,Surau, dan Tapak Letak Kereta SMK Tun Syed Nasir Ismail |
Sasaran | Warga sekolah SMK Tun Syed Nasir Ismail dan penduduk Kg. Dato’ Sulaiman Menteri |
Kos/Sumber | Unit HEM |
Stratergi Perlaksanaan | Program ini dijalankan anjuran unit Kesihatan |
Laporan Sepanjang Program | Program yang dijalankan adalah dengan anjuran bersama Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Klinik Kesihatan Majidee, Unit Kesihatan SMKTSNI, Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Majidee dan JKK Kg. Dato’ Sulaiman Menteri. Antara program yang telah dijalankan adalah persembahan sajak, ceramah kesihatan, kuiz kesihatan, pameran kesihatan, permeriksaan kesihatan seperti saringan tekanan darah, berat badan dan ketinggian (BMI), pemeriksaan payu dara dan ujian pep smear. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Tn. Hj. Adam bin Sumiru. Program ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. |
Kekuatan/Kelemahan | Kekuatan : Kerjasama yang baik oleh semua pihak yang terlibat. Kelemahan : Promosi program kurang meluas kepada penduduk Kg. Dato’ Sulaiman Menteri. |
Cadangan/ Penambahbaikan | Perancangan yang lebih awal untuk melancarkan program. |
TOPIK | BUTIRAN |
Nama Program | Kempen Anti Aedes Ridsect Renjer |
Objektif | 1.1 Memberi kesedaran tentang bahaya wabak denggi 1.2 Meningkatkan pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan menjaga kebersihan bagi mengelakkan penyakit denggi |
Tarikh Perlaksanaan | 18 Januari 2012 |
Tempat | Surau SMK Tun Syed Nasir Ismail |
Sasaran | Warga sekolah SMK Tun Syed Nasir Ismail |
Kos/Sumber | Unit Koko dan Unit HEM |
Stratergi Perlaksanaan | Program ini dijalankan anjuran unit Kesihatan dan Kelab PROSTAR |
Laporan Sepanjang Program | Taklimat ini memberi pendedahan kepada warga sekolah bagaimana penularan wabak denggi boleh berlaku, cara mengelak, siapa yang terlibat dan risiko-risiko jika menghadapi demam tersebut. |
Kekuatan/Kelemahan | Kekuatan : Guru-guru dan para pelajar didedahkan dengan faktor penularan, kaedah penularan dan kaedah mencegah. Kesediaan penceramah oleh Cik Serina Lai dari Company Brand X-perience Sdn. Bhd. dengan penyediaan bahan ceramah yang lengkap dapat membantu memberi kefahaman yang jelas dan mudah. Kelemahan : masa yang singkat tidak cukup untuk pendedahan yang begitu banyak dan penting bagi masyarakat sekarang ini. |
Cadangan/ Penambahbaikan | Ditambah masa ceramah |