Followers

Friday 22 June 2012

KURANGKAN GARAM ANDA ;)


           
           Apa itu GARAM?
Garam adalah mineral yang terdapat dalam makanan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosesan atau memasak. Garam boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos,kicap,taucu,mayonis,keju,ikan masin serta serbuk dan kiub perisa . Garam diperlukan dalam jumlah kecil untuk kesihatan . Garam biasa yang digunakan dalam masakan mengandungi 99.9% natrium klorida (sodium chloride) .
                   
           KESAN GARAM KE ATAS KESIHATAN
 Pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan risiko       tekanan darah tinggi atau hipertensi .
         
    




        PANDUAN MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
 Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus.
Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan , kicap dan taucu dalam masakan .
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin , sosej , burger dan makanan segera .
Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan .
Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram .
Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin , telur masin , belacan , cencaluk , budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran .
Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)

                  Sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
 Makanan secara sihat
Lakukan aktiviti fizikal
Tidak merokok
Belajar menangani stres

                 
                 FAEDAH CARA HIDUP SIHAT
 

Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan .

     CARA MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MARAH         

JBerfikir secara positif
JJangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
JBelajar menyukai diri sendiri
JUsahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
JBelajar menerima apa yang tidak dapat diubah
JJangan risau tentang kekurangan yang ada
JBertenang
JLakukan senaman selalu
JAdakan hobi
JLuangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
JDapatkan tedur yang cukup
3 langkah mudah untuk menjaga kesihatan payu dara
  
 LIHAT
JBAGAIMANA  MELIHAT PERUBAHAN PADA PAYU DARA?
Sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payu dara di cermin.
{letakkan tangan di sisi.
{angkat kedua tangan ke atas kepala anda
{letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke                        hadapan
 

RASA
JBAGAIMANA MERASA PERUBAHAN PADA PAYU DARA?
{rasa setiap payu dara
{gunakan tapak jari-jari untuk merasa benjolan atau penebalan.
{gerakan jari ke suluruh payu dara termasuk puting dan ketiak
{ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi




RESPON
JDAPATKAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT TANDA-TANDA PENYAKIT PAYU DARA
{perubahan warna dan tekstur.
{perubahan bentuk dan saiz payu dara.
{lelehan yang tidak normal dari puting.
{sakit payu dara yang berterusan.
{terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara.




                                                                         

No comments:

Post a Comment