Followers

Friday 22 June 2012

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS

BACA DAN HAYATI OK :)

PENGENALAN
-Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira.
PUNCA JANGKITAN
Bakteria leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti:
1.      Tikus  
2.      Kucing
3.      Anjing
4.      Lembu
5.      Kambing
6.      Babi
7.      Kuda
8.      Haiwan-haiwan lain

CARA JANGKITAN                                                                                                             
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan terjangkit. Manusia juga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. Tempoh inkubasi adalah selama 5 – 14 hari.              
TANDA-TANDA
Pesakit boleh mmpunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria Leptospira seperti:
1.      Demam
2.      Sakit kepala
3.      Loya, muntah
4.      Sakit otot
5.      Kemerahan pada mata
6.      Ruam kulit
7.      Sakit pada abdomen
8.      Batuk
9.      Sakit pada betis
10. Jaundis (mata kekuningan)
11. Air kencing bewarna kehitaman (seperti air teh ‘o’ pekat)

PENCEGAHAN
·        Menjaga kebersihan kebersihan rumah.
·        Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus.
·        Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
·        Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
·        Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.
·        Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
·        Segera  mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda.

No comments:

Post a Comment