Followers

Friday, 22 June 2012

DARAH TINGGI

APAKAH DIA TEKANAN DARAH TINGGI?
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
BAGAIMANA TEKANAN DARAH DIUKUR?
Tekanan darah ada dua ukuran, dan biasanya dirakam seperti berikut:
120/80mmHg
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
JIKA TEKANAN DARAH ANDA OPTIMA [130/80mmHg]
Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara:
1.      Memeriksa tekanan darah anda secara berkala:

2kali setahun jika kadarnya normal.
Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

2.      Tidak merokok

Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

3.      Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan:-

i) Garam

Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih bnyak air perlu disimpan didalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.

ii) Lemak

Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang. Menyukarkan jantung mengepam darah melalui saluran yang sempit.

4.      Kekalkan berat badan unggul.
5.      Bersenam secara berkala.
6.      Elakkan pengambilan alkhohol.
TEKANAN DARAH BERUBAH-UBAH
Kadar tekanan darah tidak semestinya sam sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doctor akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali lagi bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
APAKAH TEKANAN DARAH TINGGI?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih daripada kadar biasa untuk satu jangka masa yang lama maka keadaan ini dikenali sebagai TEKANAN DARAH TINGGI. 
Kategori
Normal
Normal
Tinggi
Tekanan Darah      Tinggi
Sistolik (mm Hg)
Bawah 130
130-139
140 atau lebih tinggi
Diastolik (mm Hg)
Bawah 85
85-89
90 atau lebih tinggi

KENAPA ANDA PERLU MENGETAHUI TEKANAN DARAH TINGGI?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat . Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.



No comments:

Post a Comment