Followers

Friday, 22 June 2012

WABAK DENGGI SANGAT MERBAHAYA !!!!!

PERJUANGAN menentang wabak denggi tidak pernah dilupakan sama sekali. Lebih daripada itu, peringatan sering dilaungkan bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya penyakit pandemik global itu.
Namun, sejauh manakah keberkesanan kempen yang dianjurkan dalam pelbagai bentuk itu jika masyarakat masih mengamalkan sikap lepas tangan?

Kalau di kawasan taman perumahan, masing-masing saling menuduh dengan mempertikaikan bahawa rumah jiran yang kotor hingga menyebabkan kawasan mereka menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku malah penerimaan teguran terbuka dan saling mengingati antara satu sama lain mampu menjamin kehidupan yang lebih sihat.

Daripada satu sudut lain, timbul juga sikap sebilangan masyarakat yang tidak peka dalam mendapatkan rawatan segera apabila menghidapi demam ataupun tanda-tanda jangkitan wabak denggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Rosnah Hadis, sebanyak 20 peratus daripada jumlah kematian akibat demam denggi disumbangkan faktor tersebut.

"Jumlah kes terkini wabak denggi berjumlah 39,932 kes dengan peningkatan sebanyak 17 peratus. Kes kematian kini meningkat kepada 114 kes iaitu peningkatan sebanyak 61 peratus berbanding 71 kes dicatatkan sepanjang tempoh sama tahun lepas.

"Selangor masih kekal sebagai negeri tertinggi dengan mencatatkan statistik 13,837 kes denggi," kata Rosnah.

                            



Tempat pembiakan nyamuk aedes
                                                                                   
1.  Dalam Rumah                          
1.  Akuarium
2.  Perangkap semut
3.  Pasu Bunga
4.  Timba
5.  Tempayan
6.  Kolam (kolah) mandi
7.  Tempat air peti sejuk
2.  Luar Rumah
1.  Tayar buruk
2.  Tempurung kelapa
3.  Botol/gelas pecah yang mengandungi air
4.  Salur air hujan
5.  Tempayan
8.  Longkang yang tersekat
9.  Tangki septik (terdedah )                                             
pastikan rumah anda selamat tanpa nyamuk AEDES!!
                        


                   
Pencegahan pembiakan nyamuk aedes
1.   Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2.   Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3.   Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
4.   Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
5.   Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
6.   Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
7.   Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
8.   Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Tabiat nyamuk aedes
1.  Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.
2.  Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.
3.  Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.                                       
                                      


        Kitaran hidup nyamuk aedes





Akibat Gigitan Nyamuk Aedes

   Demam Malaria
      
-       Malaria disebabkan oleh gigitan nyamuk tiruk yang membawa parasit malaria.Parasit ini hidup dalam sel darah merah dan akan merosakkan sel-sel darah tersebut yang boleh mengakibatkan MAUT.

  Cara Jangkitan
-       Ia membiak di kawasan berair jernih yang terdedah kepada cahaya matahari.

  Tanda - Tanda
-       Tanda utama penyakit malaria ialah DEMAM .



   Bagaimana Mengesan Malaria
-       Malaria dapat dikesan dengan pemeriksaan setitik darah.








           

No comments:

Post a Comment