PENYAKIT BERJANGKIT KUSTA
1. APAKAH KUSTA ?
KUSTA ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik yang menjejaskan kulit dan urat saraf. Ia boleh disembuhkan.
2. APAKAH YANG MENYEBABKAN KUSTA ?
KUSTA disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil ‘ Mycobacterium Leprae’.
3. APAKAH CARA KUMAN KUSTA MEREBAK ?
Kuman ini disebarkan dari titisan hidung pesakit kusta. Ianya direbakkan melalui sedutan udara yang mengandungi kuman kusta. Walau bagaimanapun cara jangkitan adalah rendah. Contohnya, hubungan rapat antara suami isteri kadar jangkitan hanya 5%.
4. BERAPA LAMAKAH TEMPOH INKUBASI KUSTA ?
Selama 2 hingga 5 tahun untuk tanda-tanda timbul.
5. BAGAIMANA KUSTA DIKENALI ?
Lazimnya KUSTA bermula seperti tompok putih atau merah yang kebas dan tidak gatal.
6. BOLEKAH KUSTA DISEMBUHKAN ?
Boleh. Dengan rawatan awal dan teratur, penyembuhan sepenuhnya tanpa kecacatan boleh dicapai.
7.APAKAH FAEDAH RAWATAN AWAL ?
- Sembuh dari penyakit -Mencegah kecacatan - Mencegah jangkitan seterusnya
8. ADAKAH PESAKIT YANG MENERIMA RAWATAN MASIH BOLEH MEREBAKKAN PENYAKIT ?
Tidak. Mereka tidak boleh menyebabkan jangkitan.
9. BERAPA LAMAKAH KUSTA MESTI DIRAWAT ?
Sekurang-kurangnya rawatan minima selama 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jenis kusta yang berkenaan.
10. DIMANAKAH RAWATAN AWAL KUSTA BOLEH DIDAPATI ?
Dari klinik atau hospital yang berhampiran.
11. ADAKAH PERLU PESAKIT-PESAKIT KUSTA DIASINGKAN SEMASA MENERIMA RAWATAN ?
Tidak. Mereka boleh mengambil rawatan sebagai pesakit luar dan boleh bergaul dengan masyrakat.
12. ADAKAH BAHAYA SEKIRANYA MENGAMBIL RAWATAN TANPA MENGIKUT PERATURAN ATAU BERHENTI MENGAMBIL RAWATAN SEBELUM PENYAKIT ITU SEMPURNA DIRAWAT ?
Sekiranya rawatan diambil tanpa mengikut peraturan atau berhenti tanpa nasihat pihak perubatan, maka kemungkinan penyakit kusta itu boleh beulang kembali.
13. KOMPLAKASI DAN KECACATAN YANG MUNGKIN BELAKU AKIBAT TIDAK MENDAPAT RAWATAN SEPENUHNYA ADALAH SEPERTI :-
- Kecacatan - Hilang daya rasa tangan dan kaki - Kulit menjadi kering dan luka - Kecacatan kaki - Hilang penglihatan
No comments:
Post a Comment